| Selamat Datang ke Website ku ... Assalamu'alaikum... |
Perbincangan kali ini masih lagi menyentuh tentang isu ucapan salam. Tetapi skopnya berkisar tentang penggunaan salam dalam bentuk maya seperti dalam telifon bimbit, ruangan perbualan dan sebagainya.
Kebiasaannya kita melihat sesetengah umat Islam apabila memberi mesej ringkas, mereka meringkaskan ucapan salam kepada As'kum, A'kum dan pelbagai cara lagi untuk memberi salam dengan ringkas dan cepat. Namun begitu, adakah kita terfikir bahawa ucapan salam itu mempunyai maknanya sendiri iaitu salam sejahtera ke atas kamu.
Jika sekiranya kita hanya menulis A'kum dan As'kum, ia bukan sahaja lari dari makna yang sebenarnya malahan kita tidak memberi salam dengan cara yang betul. Sekalipun kita hendak cepat, ucapkanlah salam dengan baik atau meringkaskannya dengan cara yang betul dan maknanya tidak lari.
Seperti contoh, jika tidak dapat memberi salam secara penuh, memadai kita meringkaskannya menjadi salam. Sekurang-kurangnya ia mempunyai makna ucapan selamat sejahtera. Ucapan salam yang kita berikan kadang-kadang perkataan assalaamu'alaikum menjadi panjang di belakangnya seperti assalaamu'alaikuuum... Ini boleh mengubah makna ayat tersebut.
Perkara ini berlaku bukan sahaja di alam maya tetapi dalam ucapan di dunia nyata juga. Apalah salahnya sekiranya salam itu tidak didengari, kita menyambung dengan panggilan yang lain dan mengekalkan salam tersebut. Contohnya, assalaamu'alaikum....ada orang tak....
|
Lihat semua Blog..... |
 |
|
|
|
|
| |
|
| Lirik Pilihan |
| Taman Astakona |
Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan
Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lunak tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi
Dalam kelam engkau datang memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tanganmu ku terasa
Nama mu ku ukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam naungan cahaya purnama
Menyuluh ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang membiar taman ini penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia kesepian
Harumnya mawar meyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya
|
|
| |
|
|